Variety telah berkongsi yang New Line Cinema iaitu penerbit untuk filem trilogi The Lord of the Rings mengumumkan bekerjasama dengan Warner Bros Animation untuk hadir dengan filem animasi berdasarkan dunia The Lord of the Rings. Filem ini akan berjudul The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim.

Ia akan memfokuskan kepada raja Helm Hammerhand dan juga kubu Helm’s Deep yang menjadi salah satu tempat penting di dalam The Lord of the Rings: The Two Towers. Filem ini akan diarahkan oleh Kenji Kamiyama yang menjadi pengarah untuk siri anime Ultraman di Netflix, dan akan ditulis oleh Jeffrey Addiss bersama Will Matthews.

Filem animasi ini dikatakan akan mengambil rekaan dunia berdasarkan filem trilogi Philippa Boyens iaitu salah seorang penulis untuk filem trilogi akan menjadi penasihat bagi projek ini. Namun, filem ini tidak akan mempunyai kaitan dengan siri TV yang sedang dibangunkan oleh Amazon.

Buat masa ini, ia masih tidak mempunyai sebarang jangkaan tarikh tayangan tetapi disahkan ia akan tiba di pawagam.

Sohor Kini