Heart Machine pada tahun 2019 telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan satu permainan baharu iaitu Solar Ash selepas kejayaan untuk Hyper Light Drifter. Permainan tersebut akan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Hari ini, bersempena acara Summer Game Festival, mereka telah berkongsi video bentuk permainan.

Ia adalah satu video ringkas, di mana memperlihatkan pemain cuba untuk membunuh (?) satu raksasa terbang dengan melompat ke atasnya. Kami boleh katakan yang ia nampak seperti Shadow of Colossus. Mereka tidak mengumumkan tarikh pelancaran tetapi mengatakan ia akan tiba sekitar tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini