Ska Studios semasa acara Summer Game Festival telah mengumumkan permainan susulan untuk Salt and Sanctuary iaitu Salt and Sacrifice akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC pada suku pertama tahun hadapan. Ia adalah permainan platformer sukar (soulslike).
Ia akan menyertakan lebih 20 pertempuran bos dan boleh dimainkan secara berseorangan ataupun secara koperasi di mana rakan boleh menyertai pada bila-bila masa sahaja. Pemain juga boleh memilih daripada 8 kelas awal iaitu Highblade, Paladin, Assassin, Cleric, Dualist, Fighter, Ranger, ataupun Sage.
Mereka juga telah mengumumkan yang Salt and Sanctuary yang telah dilancarkan sejak tahun 2016 telah terjual melebihi satu juta unit.