Epic Games dan Pysonix ketika Summer Game Festival telah mengumumkan yang mereka membawa kembali kandungan berdasarkan siri filem popular Fast & Furious. Berkas The Fast & Furious 3-Car ini akan menawarkan tiga kereta popula siri tersebut iaitu Fast & Furious Pontiac, Fast & Furious Dodge Charger, dan Fast & Furious Nissan Skyline.

Selain kereta ia juga akan menyertakan 17 Decal di mana setiap kereta akan menerima 5 hingga 6 Decal berbeza di mana ia hanya boleh digunakan bersama dengan kereta tersebut sahaja. Anda boleh dapatkan berkas ini dengan harga 2400 Credits.

Rocket League sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStaton 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan. Versi mudah alih iaitu Rocket League Sideswipe juga diumumkan untuk iOS dan Android dan akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini