Elden Ring adalah permainan yang diumumkan oleh From Software sejak tahun 2019, ia telah menarik minat ramai pemain bukan sahaja sebagai IP baharu daripada mereka tetapi juga ia adalah permainan hasil kerjasama bersama dengan George R.R. Martin iaitu penulis untuk siri Game of Thrones.

Namun, selepas pengumuman tersebut tidak banyak informasi baharu yang dikongsi, sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya jika ia adalah permainan yang sedang dibangunkan. Hari ini, ketika acara Summer Game Festival, From Software dan Bandai Namco akhirnya berkongsi treler baharu.

Treler tersebut telah memperlihatkan pelbagai pertempuran bos yang akan dilalui oleh pemain, dan juga memperlihatkan berkemungkinan mod multi-pemain. Pada akhir treler tersebut, mereka juga telah mengumumkan yang Elder Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini