Frontier Developments semasa Summer Game Festival telah mengumumkan permainan susulan untuk Jurassic World iaitu permainan simulasi pengurusan taman tema berdasarkan Jurassic, Jurassic World Evolution 2. Ia akan tiba pada akhir tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Mereka telah mengumumkan yang ia akan menyertakan 4 mod baharu dan pelbagai pilihan Dinosaur baharu iaitu lebih 75 spesis. Pemain juga kini boleh membina taman tema di pelbagai persekitaran baharu seperti kehutanan dan juga padang pasir.

Jurassic World Evolution 2 juga akan menyertakan kempen penceritaan yang akan menerima pelakon suara asal daripada filem iaitu Dr. Ian Malcolm yang disuarakan oleh Jeff Goldblum dan Claire Dearing yang disuarakan oleh Bryce Dallas Howard. Penceritaan adalah selepas kejadian di dalam Jurassic World: Fallen Kingdom.

Sohor Kini