Bersempena dengan Summer Game Festival, InnerSloth telah mengumumkan beberapa perkara baharu yang akan tiba untuk permainan Among Us. Buat masa ini, kesemua perkara tersebut masih sedang dibangunkan dan tiada tarikh pelancaran untuknya.

Antara yang diumumkan adalah sokongan 15 pemain berbanding 10 pemain sekarang, warna baharu untuk digunakan dan juga beberapa kemaskini untuk grafik. Ketiga-tiga penambahan ini akan tiba tidak lama lagi. Selain itu mereka juga merancang untuk hadir dengan penambahan seperti sambungan akaun, achievements, sokongan untuk konsol, peta baharu dan mod Hide ‘n’ Seek.

Mereka juga bakal memperkenalkan Roles baharu di mana yang diperlihatkan adalah Sheriff dan Scientist. Roles berlainan adalah mod popular untuk Among Us, ia akhirnya akan tiba secara rasmi oleh InnerSloth sendiri.

Sohor Kini