Pembangun Streets of Rage 4 Mengumumkan Metal Slug Tactics

Semasa Summer Game Fest, Dotemu iaitu pembangun yang bertanggungjawab membawa Streets of Rage 4 mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Metal Slug Tactics. Ia akan dibangunkan oleh Leikir Studio dan buat masa ini diumumkan untuk PC.

Seperti judulnya, Metal Slug Tactics akan menyertakan bentuk permainan strategi mengikut turutan tetapi akan mengekalkan kebanyakan kandungan daripada siri Metal Slug termasuk juga pelbagai watak dan juga penjahat yang akan tiba. Ia juga akan menyertakan elemen roguelike.

Jika berminat, laman Steam untuknya sudah diterbitkan dan anda boleh memasukinya di senarai hajat.

Sohor Kini