Hideo Kojima hari ini telah membuat penampilan semasa Summer Game Fest, akan tetapi buat masa ini beliau tidak bersedia lagi untuk mengumumkan permainan terbaru oleh Kojima Productions, namun, beliau tidak hadir dengan tangan kosong, dan memperlihatkan Death Stranding Director’s Cut.

Video yang digunakan untuk mengacah versi tersebut memperlihatkan Sam berada di satu tempat dan cuba menyelinap menggunakan satu kotak, adakah ia berkait dengan kandungan baharu ataupun sekadar Kojima masih mengenang Metal Gear Solid, dia sahaja yang tahu.

Buat masa ini ia dikatakan akan tiba untuk PlayStation 5 dan menurut Geoff Keighley pengumuman penuh untuknya akan dikongsi dalam masa terdekat. Buat masa ini kita boleh menjangkakan ia adalah kemaskini untuk Death Stranding khusus untuk konsol generasi terkini.

Sohor Kini