Control Adalah Permainan Percuma Di Epic Games Store Untuk Minggu Ini

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma dan ia adalah permainan yang sangat baik iaitu Control. Ia ditawarkan percuma bermula hari ini sehingga 17 Jun 2021 sebelum digantikan dengan dua permainan iaitu Hell is other demons dan Overcooked! 2.

Control adalah permainan aski pengembaraan yang dikeluarkan pada tahun 2019, dan seperti ulasan kami yang anda boleh bacanya melalui pautan ini, ia adalah antara permainan aksi terbaik, bahkan antara permainan terbaik pada tahun itu. Versi yang ditawarkan ini adalah edisi biasa dan anda perlu membeli DLC secara berasingan jika ingin.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal Jesse Faden yang cuba mencari abangnya di ibu pejabat Control yang mempunyai pelbagai misteri. Ia membawa bentuk permainan yang sangat menarik terutama dari segi senjata dan juga kebolehan Jesse. Oleh itu jangan terlepas dan segera tebus Control.

Epic Games Store juga kini sedang mengajurkan jualan promosi di mana pemain boleh dapatkan kupon RM40 untuk membeli permainan bernilai RM60 atau lebih mahal. Setiap pembelian juga akan memberikan satu lagi kupon bernilai sama.

Sohor Kini