Kemaskini: NIS America telah mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan Monark untuk pasaran global dan ia dijangka akan tiba pada suku pertama tahun depan. Selain PS4, PS5 dan Switch, ia juga akan tiba untuk PC.

Gematsu telah melaporkan yang berdasarkan penyenaraian di majalah Weekly Famitsu, Monark iatiu permainan RPG yang memfokuskan kepada sekolah akan dilancarkan pada 14 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Nintendo Switch buat pasaran Jepun.

Monark adalah permainan yang dibangunkan oleh Lancarse yang sebelum ini pernah terlibat dengan permainan seperti Persona Q2, Zanki Zero dan Shin Megami Tensei. Di Jepun, ia akan diterbitkan oleh FuRyu dan buat masa ini tidak disahkan jika ia akan ditawarkan untuk pasaran global.

Permainan ini akan memfokuskan kepada True Student Council iaitu satu kumpulan yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ghaib di sekolah. Watak utama yang hanya menggunakan gelaran “Hero” akan menjadi ketua untuk kumpulan tersebut, pemain bleh memilih seorang rakan daripada 4 watak yang setiapnya akan membawa kepada pengakhiran yang berbeza.

Sistem pertempuran adalah aktif di mana pemain boleh bergerak dengan bebas akan tetapi ia masih menyertakan sistem arahan. Pemain boleh meningkatkan level “madness” untuk melakukan serangan yang lebih berkuasa akan tetapi jika terlalu tinggi ia akan menjadi tidak terkawal.

Permainan ini juga akan menyertakan sistem “EGO” iaitu pemain boleh meningkatkan tahap untuk ‘prider’, ‘wrath’, ‘envy’, ‘lust’, ‘glutonny’ dan ‘sloth’ yang akan bergantung kepada pilihan dilakukan semasa bermain. Tahap ini akan menentukan jenis iblis yang boleh digunakan oleh pemain.

Sohor Kini