Euro 2020 iaitu kejohanan terbesar untuk bola sepak di Eropah akan berlangsung secara rasmi Sabtu ini, ia sepatutnya kejohanan yang dianjurkan pada tahun lepas tetapi telah tertunda kerana pandemik Covid-19. Bersempena dengannya Epic Games telah menyertakan dua pemain bola popular sebagai kostum di dalam Fortnite.

Bermula pada 12 Jun ini, pemain akan dapat membeli kostum Harry Kane iaitu pemain untuk England atau Marco Reus iaitu pemain untuk Jerman. Terdapat juga berkas untuk mendapatkan kedua-duanya. Selain kostum, ia juga akan menyertakan emote dan back bling tersendiri.

Selain itu, Fortnite juga menganjurkan Euro 2020 Cup yang akan bermula pada 16 Jun 2021. Ia akan dibahagiakan kepada dua pusingan dengan setiap pusingan akan berlangsung dalam masa sehari. Pusingan pertama akan terbuka kepada semua pemain yang mempunyai tahap 30 dan hanya 500 pemain terbaik akan melayakkan diri ke pusingan kedua. Pemain terbaik dari setiap benua akan berkongsi hadiah tunai $50 ribu (~RM205 ribu). Anda boleh memasuki bahagian kejohanan di dalam permainan untuk maklumat lanjut.

Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini