Selepas tertiris di Agensi Penarafan, No More Heroes 1 dan 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk PC melalui Steam. Bagi yang berhajat untuk mendapatkannya, sekarang adalah masa terbaik apabila ia ditawarkan dengan potongan harga 10% sehingga 17 Jun 2021 iaitu dengan harga RM74.70 berbanding RM83 harga asal.

No More Heroes pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 dan No More Heroes 2 pada tahun 2010, kedua-duanya untuk Wii. Ia dibangunkan oleh Suda51 melalui studio Grasshopper Manufacture. Kedua-duanya juda telah dilancarkan untuk Nintendo Switch pada tahun lepas.

Grasshoper Manufactures sedang membangunkan No More Heroes 3 dan buat masa ini ia hanya diumumkan untuk Nintendo Switch. Ia dijangkan akan tiba pada tahun ini, selepas ditunda sebelum ini.

Sohor Kini