Garena akhirnya membawa permainan mudah alih Fantasy Town iaitu permainan simulasi berkebun dan pembinaan untuk pasaran Malaysia. Ia kini boleh dimuat turun untuk iOS dan juga Android. Ia dibangunkan oleh Arum Games dan diterbitkan oleh Garena dan telah pun dikeluarkan sejak tahun lepas untuk pasaran Indonesia, Filipina dan Thailand.

Di dalam permainan ini, selain berkebun, pemain juga boleh membina pekan, dan juga melakukan pelbagai misi untuk penduduk-penduduk setempat. Pemain juga boleh mengumpul pelbagai jenis penduduk yang setiap nya mempunyai kebolehan tersendiri.

Seperti pelancaran di negara-negara lain sebelum ini, pelancaran di Malaysia juga akan hadir bersama dengan pelbagai kandungan berdasarkan budaya dan tarikan tempatan antaranya akan mempunyai watak berbangsa melayu dan juga hero seekor harimau iaitu binatang kebangsaan Malaysia.

Sohor Kini