Toge Productions merupakan studio penerbit dan juga pembangun permainan video dari Indonesia, mereka telah melancarkaan pelbagai permainan seperti Coffee Talk yang kami pernah ulas sebelum ini, A Space for the Unbound, Necronator: Dead Wrong dan When the Past was Around.

Minggu ini, mereka telah melancarkan satu inisiatif iaitu Toge Game Fund di mana mereka akan menawarkan sehingga $10 ribu (~RM41 ribu) untuk membantu pembangun membangunkan permainan mereka. Jika berjaya dipilih, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut kemajuan pembangunan.

Menariknya, Toge Productions tidak akan meminta pembayaran balik dari pembangun dan mereka juga akan terus memiliki sepenuhnya IP permainan tersebut. Sebaliknya, Toge Productions hanya perlu menjadi pihak pertama yang diberi peluang untuk menjadi penerbit apabila permainan siap sepenuhnya.

Jika terpilih, Toge Productions juga akan memberi bantuan lain seperti perkongsian pengetahuan, pengurusan projek dan juga menguji prestasi permainan. Jika anda mempunyai projek yang sedang dibangunkan, anda boleh boleh mendaftar melalui pautan ini.

Sohor Kini