Blizzard telah mengumumkan yang mereka akan membawa fungsi rentas platform untuk permainan menembak mereka Overwatch. Fungsi ini akan menyokong kesemua platform ia dikeluarkan. Buat masa ini masih tiada tarikh untuk pelancaran tersebut, tetapi ia adalah dalam masa terdekat.

Fungsi rentas platform ini adalah untuk kesemua mod permainan kecuali kompetitif di mana ia masih lagi diasingkan di antara pemain di konsol dan pemain di PC. Berikut adalah antara situasi yang dikongsi mengenai rentas-platform;

  • Pemain konsol yang mencari permainan berseorangan akan bertemu dengan pemain konsol sahaja
  • Pemain konsol yang bermain bersama rakan di PC akan bertemu dengan pemain konsol dan PC
  • Jika pemain konsol tidak membuka fungsi rentas platform, mereka akan bertemu dengan pemain konsol yang sama sahjaa
  • Pemain di PC tidak boleh menutup fungsi rentas platform dan mereka sentiasa akan bertemu dengan pemain di PC dan juga pasukan pemain yang terdiri daripada PC dan konsol

Mereka juga mengatakan yang fungsi rentas kemajuan tidak disertakan lagi buat masa ini, walaupun anda perlu menyambung akaun di konsol anda ke Battle.net akan tetapi ia masih lagi dua akaun yang berlainan. Dengan kata lain, kostum-kostum yang anda peroleh daripada PC tidak boleh dibawa ke konsol, dan sebaliknya. Begitu juga untuk rank bagi mod kompetitif.

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini