Torn Banner Studios dan Tripwire Presents bersama dengan Deep Silver telah melancarkan permainan Chivalry 2 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store. Ia menyokong fungsi rentas platform di setiap platform.

Chivalry 2 merupakan permainan multi-pemain yang berdasarkan pertempuran abad pertengahan, pemain boleh bertempur bersama ataupun melawan pemain lain dan pada masa sama merancang strategi untuk menguasai medan pertempuran. Ia akan menyertakan pelbagai mod berbeza yang akan mempunyai objektif berlainan.

Sohor Kini