Legends of Kingdom Rush Dilancarkan Untuk Apple Arcade Minggu Ini

Selepas menerima 30 permainan sebelum ini, Apple Arcade tidak menerima sebarang permainan baharu buat seketika dan ia tampaknya akan berakhir pada 11 Jun ini apabila satu permainan baharu akan disertakan iaitu Legends of Kingdom Rush oleh Ironhide.

Legends of Kingdom Rush merupakan permainan RPG yang menyertakan bentuk pertempuran mengikut turutan. Pemain akan berjumpa dan dapat menggunakan pelbagai watak sepanjang sesi permainan. Pemain boleh membentuk pasukan tersendiri untuk mengembara di dalam dunia yang dicipta secara rawak.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini