HBO Go hari ini mengumumkan yang mereka akan menyiarkan musim baharu untuk Rick & Morty iaitu musim kelima pada hari yang sama ia disiarkan di Amerika Syarikat. Musim baharu ini akan bermula pada 21 Jun 2021. Musim sebelum ini iaitu satu hingga empat juga ditawarkan di HBO Go.

Siri ini mula disiarkan pada tahun 2013, dan musim keempat berakhir pada Mei tahun lepas. Dengan musim kelima dilancarkan pada tahun ini, ia adalah penantian yang lebih singkat berbanding peminat terpaksa menunggu lebih 2 tahun untuk mendapat musim keempat selepas musim ketiga berakhir.

Musim kelima ini dikatakan akan mempunyai 10 episod iaitu sama dengan musim-musim sebelum ini, kecuali musim pertama yang mempunyai 11 episod. Siri ini memfokuskan kepada pengembaraan Rick bersama dengan cucunya Morty, di mana mereka akan melawat pelbagai dimensi dan planet.

Fortnite hari ini juga telah mengumumkan kostum Rick akan disertakan di dalam permainan tersebut semasa musim ke-7 yang bermula hari ini.

Sohor Kini