The Medium adalah permainan pengembaraan seram oleh Bloober Team yang dikeluarkan pada awal tahun ini untuk Xbox Series dan juga PC. Mereka tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk mengeluarkan permainan ini di platform lain, akan tetapi berdasarkan penyenaraian di Agensi Penarafan Eropah atau ERSB, ia juga tersenarai untuk PlayStation 5.

The Medium pada awalnya diterbitkan oleh Bloober Team sendiri, sebelum menandatangani perjanjian bersama dengan Koch Media untuk menerbitkan permainan tersebut bersama dengan beberapa permainan lain pada bulan Mac lepas. Berdasarkan penyenaraian ini, Koch Media juga tampaknya bertanggungjawab untuk membawa permainan tersebut ke PlayStation 5.

The Medium sudah dikeluarkan untuk Xbox Series dan PC. Ia juga ditawarkan bersama dengan langganan Xbox Game Pass. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan The Medium – Permainan Sempurna Untuk Xbox Game Pass.

Sohor Kini