Ubisoft pada awalnya mengumumkan Rainbow Six Quarantine sebagai permainan seterusnya untuk siri Rainbow Six, ia telah beberapa kali ditunda akibat pandemik Covid-19. Selain tarikh pelancaran, Ubisoft juga telah mengambil keputusan untuk menukar judul kerana kurang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Sebelum ini diura-urakan ia akan menggunakan naman Rainbow Six Parasite, tetapi hari ini Ubisoft mengumumkan yang ia akan dipanggil sebagai Rainbow Six Extraction. Maklumat lanjut mengenai Extraction akan dikongsi semasa Ubisoft Forward pada 13 Jun, 3 Pagi.

Anda boleh lihat senarai penuh persidangan dan juga acara bersempena dengan Summer Game Fesitval dan juga E3 di pautan ini; Senarai Acara Permainan Video Sepanjang Bulan Jun – E3 Dan Summer Game Festival.

Sohor Kini