Skip to main content

WarnerMedia dilaporkan telah melantik Amit Malhotra iaitu bekas Ketua Serantau untuk Disney+ di Asia Tenggara bagi menyertai mereka sebagai Pengarah Pengurusan. Beliau akan terus mengurus HBO Go iaitu platform penstriman WarnerMedia di Asia Tenggara sebelum mengantikannya dengan HBO Max di masa hadapan.

Amit Malhotra bersama dengan The Walt Disney selama 17 tahun sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada Mei lepas, dan akan menyertai WarnerMedia pada bulan depan secara rasmi.

HBO Max merupakan platform penstriman WarnerMedia yang lebih menyeluruh dan menyertakan kandungan daripada pelbagai platform lain di bawah WarnerMedia seperti Adult Swim, CNN, Crunchyroll, The CW dan juga HBO. Manakala HBO Go lebih memfokuskan kepada kandungan HBO sahaja.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila mereka akan membawa HBO Max ke Asia Tenggara dan juga Malaysia, akan tetapi sekurang-kurangnya sekarang Warner tampaknya mula memandang ke serantau ini sebagai destinasi seterusnya untuk mengembangkan perkhidmatan mereka.

Leave a Reply