DC Battle Arena Dilancarkan Untuk Android

Eletronic Soul mengumumkan yang mereka telah melancarkan permainan mudah DC Battle Arena bagi penggunan Android di Malaysia. Buat masa ini, ia tidak diumumkan untuk iOS. Di dalam permainan ini, pemain boleh menggunakan pelbagai watak daripada DC seperti  Superman, Batman, dan Wonder Woman.

Pemain boleh berpeluang untuk mendapatkan pelbagai watak untuk digunakan di dalam pelbagai mod yang disediakan iaitu 1v1, 2v2v2, 3v3v3 dan juga kempen solo untuk pemain mencari sumber tambahan dan meningkatkan kebolehan watak.

Jika anda berminat, ia boleh dimuat turun melalui Play Store, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini