Wonderscope dan Team 17 minggu ini telah melancarkan permainan Hokko Life secara akses awal di Steam, di mana ia ditawarkan dengan harga RM49. Seperti diumumkan sebelum ini, Hokko Life merupakan satu permainan yang banyak diinspirasikan daripada Animal Crossing.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah memancing, menanam pokok dan juga konsep untuk memajukan perkampungan dan sebagainya. Selain daripada menghias rumah, pemain juga boleh menghasilkan rekaan pakaian sendiri dan kongsikannya dengan pemain lain.

Oleh kerana ia masih di peringkat awal, berdasarkan beberapa ulasan di Steam, ia masih mempunyai kandungan yang terhad serta pelbagai pepijat, namun ia masih lagi menerima ulasan yang positif iaitu “Mostly Positive” daripada 105 ulasan.

Dengan permainan ini dilancarkan untuk PC, jika pembangun terus menambah-baikkan Hokko Life, ia berpotensi untuk menjadi permainan “Animal Crossing” yang lebih terbuka.

Sohor Kini