Pada bulan lepas, PlayStation telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan dua warna baharu untuk DualSense iaitu Midnight Black dan Cosmic Red. Ia dikatakan akan dilancarkan pada bulan ini, dan hari ini SIES telah mengumumkan yang ia akan tiba pada 10 Jun 2021.

Bagi harga pula, DualSense Midnight Black akan ditawarkan dengan harga RM349 iaitu harga lalai untuk DualSense, manakala DualSense Cosmic Red ditawarkan dengan sedikit lebih mahal iaitu RM369 mungkin kerana penawaran yang terhad.

Jika berminat anda boleh dapatkan alat kawalan ini di mana-mana pengedar rasmi PlayStation, jika anda tidak mempunyai PlayStation 5, ia juga boleh digunakan di platform lain. Bahkan, PC juga mula menyokong fungsi-fungsi yang tiba di DualSense.

Sohor Kini