Mihoyo Technology hari ini telah mengumumkan yang mereka akan turut menawarkan Genshin Impact untuk PC melalui Epic Games Store. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan melalui klien mereka yang tersendiri. Ia akan ditawarkan melalui Epic Games Store bermula 9 Jun 2021.

Buat masa ini tidak pasti apa kelebihan untuk bermain Genshin Impact melalui Epic Games Store berbanding klien Mihoyo tersendiri, mungkin akan memberikan prestasi muat turun yang lebih baik. Selain itu, mereka juga menawarkan kod ganjaran iaitu GenshinEpic, ia berkemungkinan boleh ditebus pada 9 Jun kelak.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC dan peranti pintar di iOS dan Android. Ia boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini