Riot Games telah mengumumkan yang mereka akan membawa permainan menembak kompetitif Valorant ke peranti pintar dan mereka akan memanggilnya sebagai Valorant Mobile. Namun, buat masa ini maklumat lanjut mengenainya masih tidak dikongsi-kan.

Perkara tersebut diumumkan semasa Riot Games menyambut ulang tahun yang pertama bagi permainan tersebut, dan mereka juga telah mengumumkan yang ia mempunyai 14 juta pemain aktif setiap bulan dengan terdapat lebih 500 juta perlawanan telah dilakukan di dalamnya.

Dengan permainan lain seperti League of Legends juga mempunyai versi permainan mudah alih melalui Wild Rift, Legends of Runeterra dikeluarkan untuk PC bersama dengan permainan mudah alih, tidak mengejutkan jika Riot Games turut membawa Valorant ke iOS dan juga Android.

Sohor Kini