Ubisoft akhirnya melancarkan kemaskini 4.5 untuk Watch Dogs: Legion yang seperti diumumkan sebelum ini, ia menyertakan Mod Prestasi yang akan membolehkan permainan tersebut dimainkan secara 60FPS di PlayStation 5 dan Xbox Series dengan sedikit pengurangan dari segi kualiti grafik.

Selain itu, ia juga telah menyertakan mod baharu iaitu Legion of the Dead yang merupakan mod PvE, ia tiba secara alfa di PC. Melalui mode ini pemain perlu melawan sekumpulan zombi secara solo ataupun keoperasi sehingga 4 pemain. Pemain boleh menggunakan pelbagai kebolehan dan senjata untuk mencapai tempat yang selamat.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini