Kebiasaannya, setiap bulan Jun kesemua mata akan tertumpu kepada E3 di mana pelbagai pengumuman akan dilakukan. Namun, selepas pandemik Covid-19 sejak tahun lepas, ia telah berubah dengan mendadak. E3 dibatalkan, kekosongan tersebut telah diisi dengan pelbagai acara lain yang dianjurkan oleh penerbit permainan dan juga oleh pihak ketiga seperti Summer Game Festival yang dianjurkan oleh Geoff Keighley.
E3 kembali pada tahun ini, akan tetapi ia sepenuhnya secara digital. Pihak-pihak yang menganjurkan acara mereka sendiri pada tahun lepas, juga meneruskannya pada tahun ini. Ada yang menganjurkannya bersempena dengan E3, ada juga yang menganjurkannya bersempena Summer Game Festival dan ada juga yang menganjurkan secara kendiri. Oleh itu, melalui artikel ini, kami akan senaraikan acara-acara menarik sepanjang bulan ini.
Selain acara yang telah diumumkan di atas, beberapa penerbit lain seperti Nintendo, Square Enix, Devolver Digital telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan acara tersendiri tetapi tidak mengumumkan sebarang tarikh lagi. Manaka EA pula telah mengesahkan acara mereka tersendiri tetapi akan dianjurkan pada 22 Julai.
Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa apabila mempunyai informasi terbaru.