Nvidia telah mengumumkan kad grafik berkuasa terbaru mereka iaitu RTX 3080 Ti dan juga RTX 3070 Ti sebagai kemaskini dan juga pilihan baharu untuk RTX 3080 serta RTX 3070 yang dikeluarkan pada tahun lepas. Berdasarkan perkongsian oleh Amanz, kad grafik RTX 3080 Ti boleh dikatakan menjadi perantaraan di antara RTX 3080 dan RTX 3090 tetapi spesifikasi lebih menghampiri RTX 3090.

Ia ditawarkan dengan harga yang sangat ‘premium’ iaitu $1199 (~RM4950). Dengan harga sebegitu anda mungkin tertanya bagaimana pretasi sebenar untuk kad tersebut. Semasa pengumuman kad tersebut, NVIDIA telah berkongsi video permainan untuk Doom Eternal yang dimainakan secara resolusi 4K bersama dengan Ray Tracing.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah, akan tetapi oleh kerana had umur video, anda mungkin perlu menontonnya di laman Youtube secara terus.

Doom Eternal sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga diumumkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series tetapi versinya akan tiba sekitar tahun ini, buat masa ini ia hanya boleh dimainkan secara keserasian belakang. Anda boleh baca ulasan kami untuk Doom Eternal melalui pautan ini; Ulasan Doom Eternal – Raja Permainan Menembak.

Sohor Kini