Knockout City merupakan permainan kompetitif dalam talian baharu oleh EA dan Velan Studio. Namun, tidak mengikut kebiasaan untuk permainan genre ini, ia tidak ditawarkan secara percuma sebaliknya ditawarkan dengan harga RM79. Namun, ia juga disertakan bersama dengan langganan EA Play dan juga Xbox Game Pass.

Kini, mereka mengumumkan yang semua pemain boleh memuat turun Knockout City secara percuma dan boleh bermain sehinggan mencapai Street Rank 25 sebelum memerlukan sebarangan pembayaran ataupun langganan untuk dua perkhidmatan di atas. Pemain boleh memuat turun ‘demo’ untuknya untuk bermain.

Knockout City sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini