EA melalui pengumuman dilakukan di Reddit telah mengatakan yang bermula hari ini mereka menghentikan penawaran permainan Need for Speed Carbon, Need for Speed Undercover, Need for Speed Shift, Need for Speed Shift 2: Unleashed, dan Need for Speed The Run.

Selain itu sebarang penawaran di dalam permainan juga akan ditamatkan, menurut mereka lagi, ia adalah sebagai persediaan untuk penutupan secara terus fungsi dalam talian bagi permainan-permainan tersebut iaitu pada 31 Ogos 2021. Oleh itu, bermula pada 1 September, hanya mod luar talian sahaja boleh digunakan.

Jika anda sudah memiliki permainan ini, ia masih lagi boleh dimuat turun tetapi dengan pelbagai fungsi dihadkan. Need for Speed Carbon adalah permainan paling lama iaitu dikeluarkan pada tahun 2006 manakala Need for Speed The Run paling ‘terbaru’ dikeluarkan pada tahun 2011.

Sohor Kini