Outright Games telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan permainan Fast & Furious Spy Racers: Rise of SH1FT3R pada bulan November ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Seperti judulnya, permainan ini lebih memfokuskan kepada Fast & Furious Spy Racers iaitu siri animasi berdasarkan francais terkenal ini. Berdasarkan treler, ia tampaknya permainan perlumbaan dan kereta mempunyai pelbagai gajet berbeza seperti menembak cat dan perisai.

Outright Games sebelum ini telah hadir dengan pelbagai permainan berdasarkan siri terkenal seperti My Friend Peppa Pig, Bratz dan Transformer. Kebanyakan permainan mereka memfokuskan kepada kanak-kanak, termasuk juga Fast & Furious Spy Racers: Rise of SH1FT3R ini.

Sohor Kini