Randy Pitchford iaitu ketua untuk Gearbox Software telah berkongsi satu ciapan yang mengatakan kemaskini untuk membawa fungsi rentas platform bagi permainan Borderlands 3 akan tiba tidak lama lagi, namun beliau mengatakan yang walaupun fungsi tersebut boleh digunakan di konsol Sony akan tetapi mereka tidak akan menyertakannya akibat permintaan daripada penerbit iaitu 2K Games.

Beliau tidak menyatakan sebab di sebalik permintaan tersebut akan tetapi kami menjangkakan ia adalah akibat pampasan yang diminta daripada Sony yang ingin menyertakan fungsi rentas platform di konsol mereka. Perkara tersebut telah didedahkan semasa pembicaraan di antara Epic Games dan Apple.

Sebagai pendahulu di dalam pasaran konsol, tidak mengejutkan jika Sony berjaga-jaga di dalam membuka konsol mereka untuk fungsi rentas platform yang sudah semestinya akan memberi kelebihan kepada pengeluar konsol lain.

Sohor Kini