Pada tahun lepas, penganjuran untuk BlizzCon telah ditunda oleh Blizzard akibat pandemik Covid-19, sebaliknya mereka menganjurkan acara dalam talian iaitu BlizzConline pada awal tahun ini. Minggu lepas, mereka telah mengumumkan yang BlizzCon sekali lagi tidak akan dianjurkan pada akhir tahun seperti kebiasaan sebelum ini.

Sebaliknya, mereka mengumumkan akan menganjurkan BlizzCon pada awal tahun hadapan dan ia akan menyertakan hibrid iaitu acara secara dalam talian dan juga acara fizikal tetapi dengan skala yang lebih kecil. Mereka akan kongsi mengenai perancangan ini tidak lama lagi.

Dengan keadaan pandemik Covid-19 bertambah baik di Amerika Syarika dan rakyatnya sudah mula menerima vaksin, tidak mengejutkan yang Blizzard merancang untuk menganjurkan acara fizikal walaupun secara terhad.

Sohor Kini