HBO dan Naughty Dog telah mengumumkan yang Merle Dandridge iaitu pelakon suara untuk Marlene di dalam The Last of Us akan menjadi pelakon di dalam siri TV permainan tersebut. Marlene merupakan ketua kepada kumpulan Firefly yang memainkan peranan penting untuk penceritaan permainan pertama.

Di dalam permainan, Marlene hanya menampilkan diri pada awal dan akhir permainan, oleh itu agak menarik jika siri TV ini akan mengembangkan lagi wataknya, terutama untuk memperlihatkan lebih lanjut mengenai apa yang dilakukan oleh Firefly.

Merle Dandridge akan menyertakan senarai pelakon seperti Bella Ramsey sebagai Ellie, Pedro Pascal sebagai Joel dan Gabriel Luna sebagai Tommy.

Sohor Kini