Bloomberg telah melaporkan yang model baharu untuk Nintendo Switch yang juga dikenali sebagai “Nintendo Switch Pro” akan mula dipasang bermula bulan Julai ini, dan ia disasarkan untuk dilancarkan pada bulan September ataupun Oktober tahun ini. Ia juga dikatakan akan diumumkan secara rasmi semasa E3 bulan depan.

Berbanding menjadi satu model tambahan, ia akan menggantikan model Switch sekarang tetapi akan dijual dengan lebih mahal kerana kos komponen dan juga buruh yang meningkat. Nintendo Switch Lite akan terus ditawarkan sebagai pilihan yang lebih murah.

Seperti dilaporkan sebelum ini, model baharu ini akan menggunakan skrin 7-inci dengan panel OLED oleh Samsung dan menyokong fungsi DLSS untuk resolusi 4K. Buat masa ini, Nintedo tidak memberi sebarang kenyataan.

Sohor Kini