Selain berkongsi mengenai jangkaan prestasi untuk PlayStation 5 serta penawaran permainan SIE di platform berlainan, Presiden dan juga CEO untuk Sony Interactive Entertainment telah berkongsi data yang menarik mengenai pengguna dan juga pemilik konsol mereka.

Menurut data yang dikongsi oleh SIE, pemilik tertinggi PlayStation 4/PlayStation 5 adalah berumur 31-36 tahun dengan hampir 20% diikuti dengan pemilik berumur 25-30 tahun dengan 15% dan 19-24 tahun menghampiri 15%. Manakala mengikut jantina pula, ia adalah 41% adalah wanita berbanding 18% sahaja semasa PS1.

Selain itu, SIE juga mengatakan yang mempunyai peluang yang lebih luas untuk mempertingkatkan pendapatan di negara-negara lain selain Amerika Syarikat, Eropah, Oceania dan Jepun yang setakat tahun 2020, menyumbang 10% daripada pendapatan keseluruhan mereka.

Sohor Kini