PUBG Corporation telah berkongsi kemaskini pembangun terbaru untuk permainan battle royale mereka PUBG. Kemaskini ini memfokuskan kepada peta-peta baharu yang akan tiba untuk permainan tersebut. Merujuk kepada pandemik Covid-19, mereka mengatakan permulaan tahun ini sudah lebih baik berbanding ‘tahun mencabar’ pada tahun lepas.

Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan tiga peta baharu iaitu Karakin, Paramo, dan Haven selain membawa rekaan baharu untuk Vikendi dan Sanhok. Mereka mengatakan pada tahun lepas, fokus utama adalah peta yang bersaiz kecil, oleh itu pada tahun ini mereka memfokuskan kepada peta bersaiz penuh iaitu 8×8.

Dua peta baharu buat masa ini digelar sebagai Tiger dan Kiki. Selain membawa rekaan baharu, peta Tiger juga akan memperkenalkan fungsi baharu untuk mod battle royale mereka iaitu fungsi respawn. Mereka mengatakan fungsi menjadi makin popular di dalam genre battle royale dan ia akan disertakan di dalam PUBG tetapi khusus untuk peta Tiger, peta ini akan tiba sekitar pertengahan tahun ini.

Manakala bagi peta Kiki pula, mereka akan menyertakan pelbagai persekitaran berbeza seperti makmal bawah tanah, bangunan tinggi, kawasan paya, dan juga bangunan dalam air. Peta ini masih lagi di peringkat perancangan dan hanya akan tiba pada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Selain dua peta baharu, PUBG Corp juga mengumumkan Miramar sekali lagi akan menerima penambah-baikkan selepas diubah pada tahun 2019. Penambah-baikkan ini akan memfokuskan kepada pencahayaan, prestasi, kualiti grafik, topografi dan fungsi baharu. Rekaan baharu ini akan tiba melalui kemaskini 12.1 yang akan tiba tidak lama lagi.

PUBG sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini