Konami telah mengumumkan perjanjian eksklusif bersama dengan kelab liga bola sepak Itali iaitu Atalanta B.C untuk pasukan tersebut disertakan di dalam permainan Pro Evolution Soccer mereka. Dengan pengumuman ini, EA terpaksa menggunakan satu nama lain untuk menyertakan pasukan tersebut di dalam FIFA 22.

Atalanta akan menjadi pasukan keempat untuk liga Itali menyertai AS Roma dan Juventus yang telah pun disertakan secara eksklusif di dalam PES. Napoli juga telah diumumkan pada bulan lepas, akan tetapi ia hanya bermula pada tahun hadapan.

eFootball PES 2022 dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun ini, berbanding keluaran tahun lepas yang sekadar kemaskini musim, ia dikatakan bakal membawa pengalaman baharu terutama untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series.

Sohor Kini