JJ Abrams iaitu pengarah dan penerbit filem terkenal, melalui sesi temubual bersama dengan IGN telah mengatakan yang skrip untuk filem Portal iaitu permainan tekaria oleh Valve sudah siap dan telah-pun dikongsi ke Warner Bros. Dia juga mengatakan yang sesuatu yang lebih kukuh untuknya mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Filem berdasarkan permainan video tersebut telah diumumkan sejak tahun 2013 lagi oleh Valve dan juga Bad Robot iaitu syarikat produksi JJ Abrams akan tetapi tidak banyak informasi lanjut yang dikongsi selepasnya. Beliau tidak berkongsi nama penulis skrip ataupun jika ia sudah mempunyai calon pengarah.

Portal merupakan permainan tekaria oleh Valve yang dikeluarkan pada tahun 2007, seperti judulnya ia memfokuskan kepada teknologi ‘portal’ yang membolehkan pemain menembak dua bulatan di mana-mana permukaan untuk mencipta laluan. Teknologi ini dibangunkan oleh Aperture Science Enrichment Center.

Sohor Kini