Seperti yang diumumkan semasa Resident Evil Showcase, Behaviour Interactive dan Capcom akhirnya memperlihatkan secara lanjut kolaborasi di antara mereka untuk permainan Dead by Daylight. Dead by Daylight: Resident Evil ini akan membawa dua survivor baharu iaitu Leon S. Kennedy dan juga Jill Valentine. Bagi killer pula ia menyertakan Nemesis. Ia akan tiba pada 20 Jun 2021.

Bagi Survivor, Leon mempunyai kebolehan untuk menggunakan flashbangs yang boleh membutakan killers, menghentikan Killer dari membawa rakan dan juga boleh digunakan sebagai gangguan. Manakala Jill boleh meletakkan bom di generator yang akan meletup apabila Killer cuba untuk merosakkan generator.

Nemesis pula boleh menyerang secara jarak jauh, Survivor yang terkena serangan oleh Nemesis akan dijangkiti oleh T-Virus yang akan menyebabkan Survivor tersebut batuk, menyukarkan mereka untuk menyorok, Survivor yang dijangkiti juga akan menerima serangan lebih kuat. Nemesis juga boleh mengeluarkan zombi yang akan dikawal oleh AI.

Bagi mengimbangkan perkara ini, Survivor boleh mencari vaksin untuk menyembuhkan daripada T-Virus yang akan disertakan secara rawak di keseluruhan peta. Bercakap mengenai peta, kerjasama ini juga akan menyertakan peta baharu iaitu Raccoon City Police Department.

Seperti biasa, pek DLC ini akan dijual secara berasingan, buat masa ini harga tidak diumumkan tetapi mengikut kebiasaan ia akan berharga RM17.90. Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini