Tencent Membeli 3.8% Pegangan Untuk Remedy Entertainment

Tencent minggu ini dilaporkan telah membeli 3.8% pegangan ataupun 500 ribu unit saham untuk Remedy Entertainment iaitu studio permainan video yang mengeluarkan permainan seperti Control, Quantum Brake dan Alan Wake.

Menurut Remedy Entertainment, urusan jual beli tersebut adalah bukan secara terus melibatkan mereka, sebaliknya ia dijual oleh Accendo Capital yang masih lagi mempunyai 14% pegangan ataupun 1.8 juta unit saham. Namun, mereka mengatakan yang berbangga kerana Tencent memperlihatkan minat terhadap Remedy Entertainment.

Pada tahun ini, Tencent telah melakukan pelbagai pelaburan untuk studio permainan video antaranya adalah Bohemia Interactive, Dontnod Entertainment dan Klei Entertainment. Jika anda berminat untuk melihat kos ambil alih termahal, kami sebelum ini hadir dengan senarai untuknya; 10 Studio Permainan Video Dengan Kos Ambil-Alih Termahal.

Sohor Kini