Seperti biasa, Valve akhirnya berkongsi senarai permainan yang dilancarkan pada bulan April 2021 dan telah menjana pendapatan tertinggi. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan lepas, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Antara permainan yang disenaraikan adalah beberapa permainan lama yang dikeluarkan semula melalui versi penambah-baikkan seperti Nier Replicant, Saga Frontier Remastered, dan juga Total War: Rome Remastered. Ia juga menyenaraikan permainan baharu seperti Outriders dan MotoGP 21.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • R-Type Final 2
  • MotoGP 21
  • Outriders
  • Voxel Tycoon
  • Saga Frontier Remastered
  • The Legend of Heroes: Trails of Cold Steel IV
  • Total War: Rome Remastered
  • Cozy Grove
  • First Class Trouble
  • Ultimate Admiral: Age of Sail
  • CryoFall
  • Totally Accurate Battle Simulator
  • Hobo: Tough Life
  • TaleSpire
  • The Slormancer
  • Trials of Fire
  • Element TD 2 – Multiplayer Tower Defense
  • Nier Replicant
  • Legend of Keepers: Career of a Dungeon Manager

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini