Capcom akhirnya menawarkan Capcom Arcade Stadium untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Seperti dikeluarkan untuk Switch sebelum ini, ia boleh dimuat turun secara percuma untuk pelbagai dimainkan dengan “pengalaman” seakan bermain di mesin arked.

Walaupun aplikasi Capcom Arcade Stadium boleh dimuat turun secara percuma, tetapi pemain masih lagi perlu membeli secara berasingan permainan-permainan klasik yang disertakan. Setiap permainan ditawarkan dengan harga RM8, ia juga menyediakan pelbagai pek untuk pembelian secara berkas. Antara permainan yang ditawarkan adalah Vulgus, 1942, Legendary Wings, Ghouls ‘n Ghosts, Street Fighter II: The World Warrior, Battle Circuit dan 1944: The Loop Master.

Sebagai permulaa, pemain yang memuat turun Capcom Arcade Stadium boleh mendapat permainan 1943 – The Battle of Midway secara percuma.

Sohor Kini