Panache Digital Games dan Private Division telah mengumumkan yang permainan Ancestors: The Humankind Odyssey telah terjual sebanyak 1 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2019. Ia merupakan permainan ketahanan hidup dunia terbuka yang memfokuskan kepada evolusi Manusia.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Hominid iaitu peringkat awal evolusi manusia mengikut beberapa pemikiran. Anda akan menjadi sebahagian daripada satu puak, dan perlu memastikan terus hidup termasuk juga mengelak daripada haiwan liar, makan, minum dan tidur. Apabila pemain mati, pemain akan menjadi watak lain, jika satu puak sudah mati, permainan berakhir dan perlu mulakan semula.
Ancestors: The Humankind Odyssey sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.