Activision mengumumkan kandungan baharu akan tiba untuk kesemua permainan Call of Duty iaitu Call of Duty: Warzone, Call of Duty: Black Ops Cold War dan Call of Duty: Mobile. Kandungan ini memfokuskan kepada kandungan hiburan dari 80an iaitu filem Rambo dan juga Die Hard.

Acara ‘The ’80s Action Heroes’ ini akan menyertakan berkas untuk Rambo dan juga Die Hard. Bagi berkas Rambo ia akan menyertakan operator Rambo, dua Finishing Move, tiga senjata Legendary, Calling Card, Emblem dan Watch serta Charm.

Bagi berkas Die Hard, ia juga akan menerima operator baharu iaitu John McClane, dua Finishing Move, tiga Legendary Weapon, satu Legendary Calling Card dan Emblem, satu Epic Watch, dan satu Epic Weapon Charm. Kedua-dua berkas ini juga akan ditawarkan untuk Call of Duty: Mobile yang boleh didapati sehingga 18 Jun 2021.

Bersama dengan berkas ini, beberapa kawasan daripada kedua-dua filem tersebut juga disertakan antaranya Survival Camps seperti d dalam filem Rambo: First Blood Part II dan Nakatomi Plaza daripada filem pertama Die Hard. Mereka juga mengumumkan pelbagai mod permainan seperti Die Hardpoint, Rambo’s Gun Game.

Call of Duty: Warzone dan Call of Duty Black Ops: Cold War sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Call of Duty: Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Warzone dan Mobile adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini