Bagi acara E3 untuk beberapa tahun yang lepas, Microsoft melalui Xbox dan juga Bethesda menganjurkan acara mereka sendiri, namun selepas Microsoft menyelesaikan proses mengambil alih pada Mac lepas, mungkin ramai tertanya jika mereka akan meneruskan acara secara berasingan.

Berdasarkan temubual di antara Matt Booty, ketua Xbox Game Studios bersama dengan laman Le Figaro (terima kasih VGC), beliau mengatakan yang Xbox dan Bethesda akan menganjurkan acara bersama pada pertengahan Jun ini, mungkin bersama dengan acara digital Summer Game Fest dan E3.

Matt Booty juga mengatakan yang studio-studio di bawah Xbox Game Studios telah terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 yang serba sedikit melambatkan proses pembangunan. Ia juga lebih memberi kesan kepada permainan baharu berbanding permainan susulan.

Sohor Kini