Blizzard bermula minggu ini telah menganjurkan acara ulang tahun untuk Overwatch yang akan berlangsung sehingga 8 Jun 2021. Sepanjang acara ini, pelbagai mod-mod masa terhad akan kembali dan akan ditukar setiap hari, bermula dengan Lucioball, Winter Wonderland dan Halloween Terror.

Pemain boleh mendapatkan pelbagai ganjaran semasa acara ini dengan bermain iaitu ganjaran akan diberikan selepas bermain 9/18/27 kali dan jika pemain menang ia akan dikira sebagai 2 sesi permainan. Ia akan mengambil kira sesi untuk mod permainan Quick Play, Arcade, atau Competitive Play.

Ia juga akan menyertakan beberapa barangan kosmetik baharu;

Kostum Legendary:

  • Black Cat Sombra
  • Funky Baptiste
  • Junkfood Junkrat
  • Venus Moira
  • Gladiator Doomfist

Kostum Epic

  • Minggu 1: Cybermedic Ana
  • Minggu 2: Bird of Paradise Echo
  • Minggu 3: 8 Ball Wrecking Ball

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Bersempena dengan acara ini, versi PC juga ditawarkan dengan potongan 50%.

Sohor Kini