R.L Stine adalah seorang penulis buku untuk kanak-kanak dan remaja. Karya beliau banyak fokus ke genre seram seperti Goosebumps, Fear Street dan banyak lagi. Goosebumbs ada juga adaptasi filem moden, di mana Jack Black adalah watak utama. Kini Netflix memperlihatkan iterasi mereka pula.
Filem Netflix ini adalah trilogi, di mana ia mengisahkan satu pembunuh yang berkait terus antara setiap filem. Setiap filem mempunyai garis masa berbeza, seperti filem pertama pada tahun 1994, filem kedua 1978 dan filem ketiga 1666. R.L Stine turut dikenali sebagai Stephen King untuk kanak-kanak.

Fear Street Part 1: 1994
Selepas satu tragedi tidak diingini berlaku di Shadyside, Ohio – sekumpulan remaja sedari yang mereka mungkin adalah mangsa pembunuhan seterusnya. Mereka anggap sedemikian kerana menemui misteri kes pembunuhan yang berlaku di bandar mereka sejak bertahun lalu dan mungkin berkait dengan kes di Shadyside, Ohio.
Fear Street Part 2: 1978
Di sebuah kem, Camp Nightwing – semua orang di sini terbahagi kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh wakil-wakil bandar Shadyside. Mereka semua adalah pesaing, tetapi apabila sesuatu yang seram mengganggu mereka – semua harus bersatu untuk elak menjadi mangsa.

Fear Street Part 3: 1666
Jauh di masa silam, iaitu pada tahun 1666 – di zaman perkampungan mengamalkan pemburuan ahli sihir. Terdapat misteri pembunuhan yang mungkin menjadikan sekumpulan remaja mangsa, jadi penyiasatan perlu dilakukan bagi merungkai misteri ini sebelum terlambat. Ia mungkin adalah asal-usul tragedi Shadyside.
Antara pelakon dalam setiap filem ini adalah Sadie Sink, Emily Rudd, Ryan Simpkins, Ashley Zukerman, Maya Hawke dan Gillian Jacobs. Leigh Janiak adalah pengarah bagi kesemua filem dan ia akan disiarkan bermula 2 Julai, kemudian 9 Julai dan akhir sekali pada 16 Julai.
Fakta menarik! Pada asalnya ini adalah filem di bawah 20th Century Fox, tetapi ditunda selepas dibeli oleh Disney, Disney ada merancang untuk terus siarkan filem ini pada 2020 – tetapi pandemik tiba dan hak filem-filem ini dijual kepada Netflix.


